Terdapat 2002 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

Ecoworld Menang Tender Tanah Di Singapura Pada RM667.6 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Eco World Development (S) Pte Ltd, berjaya memperoleh sebidang tanah di Lorong Puntong/Sin Ming Avenue, Singapura pada harga S$208.09 juta (RM667.6 juta).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Menjejaki Kenaikan Pada COMEX AS

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh prestasi lebih baik dalam Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri Penuhi Keperluan Penjagaan Kesihatan Serantau

ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Bekalan Minyak Mereda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika ditutup Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kebimbangan yang berkurangan mengenai bekalan minyak mentah, menurut seorang penganalisis.

Kenaikan Harga Arang Batu Beri Kesan Langsung Kepada Kos Jana Elektrik – Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.

FBM KLCI Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Pelabur Tumpu Saham Modal Kecil

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Jumaat ketika aktiviti belian pelabur beralih kepada saham bermodal kecil, terutamanya kaunter teknologi dan pembinaan.

Labuan IBFC, TRX City Perkukuh Visi ‘1 Ekosistem, 2 IFC’

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.

TMK Chemical Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam CCM Pada Harga RM939.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta. 

TNB Peruntuk RM120-RM150 Juta Bagi Sokong Langkah Perlindungan Berkaitan Bil Elektrik 

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi menyokong langkah perlindungan berkaitan bil elektrik bagi tempoh September hingga Disember 2026, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsul Ahmad.

Kitaran Kenaikan Kadar Faedah Global Jadi Kebimbangan Utama Untuk Harga Emas - MGA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Kitaran kenaikan kadar faedah yang berterusan di ekonomi utama dijangka menjadi faktor penting yang memberi impak kepada harga emas pada masa depan, menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).

Pulau Pinang Sasar Terminal Jeti Swettenham Jadi Pelabuhan Pangkalan Utama Sebahagian Rantau

GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.

Sabah Catat Peningkatan 25.5 Peratus Ketibaan Pelancong China

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.