Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " hr"

CelcomDigi Tawar Hadiah Bernilai RM20 Juta, Lancar Kempen Hargai Pelanggan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melancarkan kempen ganjaran pelanggan dengan menawarkan hadiah bernilai RM20 juta sebagai tanda penghargaan susulan pencapaiannya mencapai 20 juta pelanggan.

Sinergi Selangor-Negeri Sembilan Pacu Koridor Pelaburan Baharu - Amirudin

SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Sinergi pembangunan strategik antara Selangor dan Negeri Sembilan berpotensi mewujudkan koridor pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu memperkukuh daya saing wilayah tengah negara menerusi jaringan pelaburan, pembangunan industri berteknologi tinggi serta infrastruktur logistik yang lebih bersepadu.

AEON Bank Biz Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dengan Term Financing-i Dan Working Capital Financing-i

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- AEON Bank (M) Bhd, iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pembiayaan terbaharu iaitu Term Financing-i dan Working Capital Financing-i, yang diterajui oleh segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

The Roof Realty Raih Dua Anugerah The Asia Records Selepas Catat GSV RM19.78 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Agensi hartanah, The Roof Realty Sdn Bhd telah menerima dua anugerah daripada The Asia Records selepas ia mencatatkan nilai jualan kasar (GSV) berjumlah RM19.78 bilion pada 2025.

SC Lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu Bagi Penggal 2026-2029

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik tujuh anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029. 

Lebih RM4 Bilion Dana Bantuan PKS Masih Tersedia Di Bawah SME SRF - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih RM4 bilion daripada peruntukan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) (SME SRF) masih tersedia bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan aliran tunai serta mengurangkan gangguan operasi.

Generali Malaysia, Amanah Raya Lancar Gen Sinar Lindungi Keluarga Kurang Mampu

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Generali Insurance Malaysia Bhd (Generali Malaysia) menerusi kerjasama dengan Amanah Raya Bhd (AmanahRaya), telah melancarkan pelan insurans kemalangan diri mampu milik Gen Sinar bagi memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan.

Alliance Bank Lancar BizSmart Challenge Accelerator 2026, Tawar Hadiah Bernilai RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd melancarkan “BizSmart® Challenge Accelerator” Edisi 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM2 juta untuk mempercepat pertumbuan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga yang berpotensi tinggi di negara ini.

 

 

KPJ Healthcare Terus Memajukan Sistem Kesihatan KPJ, Perluas AI Dalam Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd akan terus memajukan Sistem Kesihatan KPJ (KPJHS) berikutan prestasi tahun kewangan 2025 yang kukuh.