Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga getah malaysia"

Bekalan Cukup Dan Permintaan Seimbang, Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pasaran Getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan rendah sedikit minggu depan susulan bekalan mencukupi, permintaan seimbang selain pembelian spekulatif yang terhad walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta lonjakan harga minyak.

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lengang Minggu Depan Susulan Cuaca Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lengang minggu depan, dengan permintaan mungkin didorong terutamanya oleh aktiviti pembelian bagi menambah semula stok susulan bekalan yang tidak menentu akibat faktor cuaca.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun sedikit pada minggu depan dipengaruhi oleh ketidaktentuan geopolitik susulan kebuntuan perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Susulan Bekalan Kembali Kukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.

IRGCE 2026 Cipta Rekod Dengan  600 Ruang Pameran Habis Ditempah Sebelum Acara Bermula

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa Ke-12 (IRGCE) 2026 yang dijadual bermula pada 8 hingga 10 September ini adalah edisi penganjuran terbesar setakat ini berikutan lebih 600 ruang pameran habis ditempah oleh pempamer daripada 15 negara sebelum acara berlangsung.

Pasaran Getah Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun pada minggu depan selepas ketegangan geopolitik mula mereda dan keadaan bekalan yang bercampur-campur membentuk sentimen, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.