BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Perancis 2026 | Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di KM 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun petang tadi - Polis | 

Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " logam berharga"

Kitaran Kenaikan Kadar Faedah Global Jadi Kebimbangan Utama Untuk Harga Emas - MGA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Kitaran kenaikan kadar faedah yang berterusan di ekonomi utama dijangka menjadi faktor penting yang memberi impak kepada harga emas pada masa depan, menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).

Emas Dijangka Kekal Pada US$4,000-US$5,000 Dalam Beberapa Tahun Akan Datang - Persatuan Emas Malaysia

BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Harga emas dijangka kekal antara US$4,000 dan US$5,000 setiap auns troy dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, dengan logam berharga itu kini diniagakan pada kira-kira US$4,350 setiap auns troy, menurut Persatuan Emas Malaysia.

Pulau Pinang Wajar Teroka Pewujudan Bazar Emas, Perkukuh Aspirasi Hab Kewangan - Sim

BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang wajar meneroka pewujudan bazar emas dan berpotensi membangunkan kemudahan penyimpanan emas sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negeri itu hab emas serantau, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Steven Sim Chee Keong.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat Yang Terhad Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, dengan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi berkemungkinan mengehadkan potensi kenaikan harga logam berharga itu. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan hari ini, menjejaki prestasi mengukuh niaga hadapan logam berharga itu di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong minggu depan, dengan harga emas semasa dilihat berlegar sekitar US$4,590 hingga US$4,610 setiap auns troy di tengah-tengah berkurangnya jangkaan mengenai kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).