1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor korporat Malaysia harus menggunakan peluang dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pelaburan, menambah baik produktiviti dan membina perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengurangkan risiko kebergantungan Malaysia terhadap sektor semikonduktor dengan mempelbagaikan rantaian nilai elektrik dan elektronik (E&E), mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta memperluas pasaran eksport.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM99.9 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen positif susulan reaksi pasaran terhadap Belanjawan 2027 dan kenaikan semalaman di Wall Street, apabila saham teknologi meningkat semula dan penurunan harga minyak mengimbangi sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah.
2hari ago
JAKARTA, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia sekali lagi muncul sebagai pelabur asing terbesar di wilayah Banten, Indonesia bagi tempoh antara 2023 hingga 2025, dengan merekodkan pelaburan direalisasi bernilai Rp43 trilion atau RM9.81 bilion (Rp1 juta = RM228.10).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu depan, dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik pengumuman pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di dalam Belanjawan 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina keupayaan, meluaskan jangkauan pasaran mereka serta merebut peluang yang lebih besar, kata Bursa Malaysia Bhd.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem untuk pemulihan dalam projek-projek perumahan terbengkalai akan membantu memudahkan projek dihidupkan semula dan memberikan bantuan yang amat diperlukan kepada pembeli yang terjejas, kata Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM15 bilion oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam grid nasional yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 hari ini menangani keutamaan dan keperluan kritikal bagi memastikan infrastruktur itu dapat menyokong bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta peluasan sektor perindustrian.