20hari ago
Oleh Zaphne Philip
KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).
21hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga nuklear boleh menjadi tambahan berdaya maju kepada campuran tenaga Malaysia bagi tempoh jangka panjang, melengkapi tenaga boleh baharu bagi mewujudkan sistem yang rendah karbon, selamat, terjamin dan memelihara alam sekitar.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengadakan libat urus semula dengan pemain industri bagi meneliti kemungkinan penambahbaikan struktur caj di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
23hari ago
SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Cadangan pengecualian cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus bagi November masih di peringkat perancangan dan memerlukan perbincangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
26hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) menggesa kerjasama lebih erat antara Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Perbadanan Labuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemain industri bagi memperkukuh perkhidmatan perkapalan langsung serta meningkatkan keterhubungan maritim Labuan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi syer majikan untuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan kadar yang relatif rendah, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.