1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 5,899 projek pelaburan sektor perkilangan bernilai RM774.4 bilion, yang berpotensi menjana 502,493 peluang pekerjaan baharu bagi tempoh 2020 hingga 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan Sekretariat Negara Kewangan Antarabangsa Switzerland berjaya memuktamadkan pusingan kedua bagi rundingan semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) Berkaitan Cukai Pendapatan antara kedua-dua negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Spekulasi politik dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelabur asing, meskipun kestabilan politik kekal sebagai antara pertimbangan penting dalam menentukan destinasi pelaburan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.
1bulan ago
BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum perdagangan yang kukuh dalam beberapa bulan akan datang selepas mencatat prestasi perdagangan terbaik dalam sejarah negara bagi empat bulan pertama 2026 meskipun dalam ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.
1bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan.