BERITA TERKINI   Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | Wanita DAP cadang dana insentif, undang-undang kesamarataan jantina untuk tingkat penyertaan wanita dalam politik - Teo | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | TPM Ahmad Zahid nafi wujud sebarang masalah dengan PM Anwar, tegaskan BN komited pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal | Malaysia tekad tingkat kerjasama global tangani krisis iklim - PM Anwar | 

Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian "rhb investment bank"

Penjimatan Perbelanjaan Operasi Dijangka Pacu Pertumbuhan Pendapatan CelcomDigi Pada 2027

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penjimatan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi dijangka menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan CelcomDigi Bhd sebanyak 18.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2027, apabila sinergi integrasi mula mendapat momentum selepas proses naik taraf platform teknologi maklumat (IT) disiapkan.

RHB IB Unjur KDNK Malaysia Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.

Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.

RHB Investment Yakin Prospek Eksport Malaysia Pada 2026 Dipacu Oleh Permintaan Sektor E&E

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd kekal positif terhadap prospek eksport Malaysia bagi 2026, disokong oleh permintaan luar yang berdaya tahan dan momentum berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang dipacu oleh kitaran naik teknologi dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).