BERITA TERKINI   PM Anwar mahu budaya selesa tidak diterapkan di semua peringkat bagi membolehkan negara dipacu dengan kukuh dan pantas | Golongan muda perlu dilatih, diberi pendedahan tentang disiplin baharu dalam teknologi moden - PM Anwar | PM Anwar mohon rakyat doakan jerebu terkawal, sambutan HKHM 2026 dapat dilaksana | Pihak berkuasa Thailand minta bantuan PDRM kesan anggota kumpulan bersenjata selatan Thailand - Ketua Polis Negara | Keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat dengan penambahan anggota & penggunaan dron - Ketua Polis Negara | 

Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.

Setakat 10.34 pagi, saham syarikat itu naik setengah sen kepada 33 sen, dengan 2.22 juta saham diniagakan.

RHB Investment Bank Bhd berkata rekod prestasi MRCB dalam projek LRT3, selain projek rel lain seperti Transit Aliran Massa 2 (MRT2), berpotensi membolehkan kumpulan itu meraih lebih banyak peluang daripada projek berkaitan rel yang akan datang, khususnya LRT Pulau Pinang dan MRT3.

Ad Banner

"MRCB menerima notis untuk memulakan kerja bagi lima stesen LRT3 yang dikembalikan semula pada separuh pertama 2026, dengan kerja pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga 2026.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan MRCB akan mencatat bil kemajuan yang lebih tinggi bagi segmen pembinaannya, terutama mulai penghujung 2026," katanya dalam satu nota penyelidikan.

RHB mengekalkan saranan "beli" terhadap saham MRCB dengan harga sasaran tidak berubah pada 51 sen.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA