BERITA TERKINI   Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu awal pagi tadi - Polis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.30 pagi, kontrak Ogos 2026 meningkat enam mata kepada 1,745.0, September 2026 naik 6.5 mata kepada 1,727.0, Disember 2026 menokok tujuh mata kepada 1,727.5 dan Mac 2027 naik 5.5 mata kepada 1,708.5.

Jumlah dagangan sebanyak 24,001 manakala kepentingan terbuka berjumlah 67,189 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.50 pagi, FBM KLCI menokok 6.62 mata kepada 1,742.95 daripada 1,736.33 semasa ditutup pada Isnin. Pasaran ditutup pada Selasa sempena sambutan Maulidur Rasul. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner