BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: 38,000 wanita bakal terima manfaat Program Subsidi Ujian Mamogram dengan peruntukan RM9 juta - Nancy | KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada 300 pelajar perempuan mangsa gambar bogel AI - Nancy | Untung bersih Westports Holdings Bhd melonjak 26 peratus kepada RM342.55 juta pada suku ketiga daripada RM271.1 juta sebelum ini | Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff dipenjara lapan bulan atas 46 pertuduhan rasuah - Mahkamah Sesyen Kuantan | Kolaborasi dengan Netflix diperhalusi, kembang sektor filem, animasi tempatan secara lebih meluas ke peringkat antarabangsa - Fahmi | 

Terdapat 494 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan "

Pelaburan Baharu, Sedia Ada Tabung Haji Catat Prestasi Positif Susulan Transformasi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan hasil positif dalam pelaburan baharu dan sedia ada susulan proses transformasi dan pengukuhan tadbir urus yang dilaksanakan institusi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Perbelanjaan Subsidi Kerajaan Turun 40.1 Peratus Kepada RM23.43 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan subsidi kerajaan pada 2025 turun 40.1 peratus kepada RM23.43 bilion daripada RM39.10 bilion pada 2024 susulan penurunan harga minyak mentah dunia dan pelaksanaan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel serta petrol.

Perdana Menteri Bentang Kertas Kerja Megatrends Khazanah Kepada Kabinet Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Malaysia Perlu Harungi Peningkatan Tekanan Geopolitik, Ekonomi Sebagai Negara Perdagangan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu mengharungi peningkatan ketegangan geopolitik dan tekanan ekonomi sebagai sebuah negara perdagangan yang mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street berikutan pertumbuhan gaji Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah serta-merta oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Institusi Tempatan Terus Catat Belian Bersih Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk RM352.4 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM352.4 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

ACCA Utamakan Integriti, Kembali Kepada Peperiksaan Bersemuka Peringkat Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) kembali melaksanakan peperiksaan secara bersemuka di seluruh dunia selepas melihat tanda-tanda perubahan dalam corak tingkah laku peperiksaan yang boleh menimbulkan risiko terhadap integriti kelayakannya.

Program Pendigitalan Perniagaan SSM, Perkasa Usahawan B40 Dan Pelajar Manfaatkan Teknologi Digital

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Selari dengan perkembangan pesat ekonomi digital yang terus mengubah landskap perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan komitmennya dalam memperkasa golongan usahawan tempatan menerusi penganjuran Program Pendigitalan Perniagaan 2026 (PPP26) Peringkat Negeri Perak.

Airwallex Mahu Gandakan Jumlah Tenaga Kerja Di Malaysia, Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Firma teknologi kewangan global, Airwallex berhasrat menggandakan bilangan tenaga kerjanya di Malaysia pada tahun ini sejajar dengan langkah memperkukuh kedudukan di peringkat tempatan, dipacu oleh jumlah transaksi rentas sempadan yang meningkat.

Malaysia Alu-alukan Pelaburan Bahrain, Perluas Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Kini Fokus Bina Daya Tahan Ekonomi dalam Ketidaktentuan Global -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Fokus ekonomi Malaysia kini beralih daripada mengejar kecekapan kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh, ketika negara terus mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Institusi Kewangan Sedia Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China -- BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kewangan sedia membantu dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di sempadan Nepal-China baru-baru ini, sejajar dengan undang-undang dan peraturan berkaitan.