BERITA TERKINI   RUU Entiti Milik Kerajaan perketat tatakelola agensi kerajaan sedang muktamadkan, diharap dibentang di Parlimen tahun ini - PM Anwar | Mafia korporat: Suruhanjaya Sekuriti tingkat penguatkuasaan dua hingga tiga kali ganda sejak 2023 berbanding tahun sebelumnya - PM Anwar | Malaysia terima pengiktirafan tinggi dalam Mutual Evaluation Report FATF 2025 atas langkah pemulihan kewangan tegas - PM Anwar | Kerajaan tidak akan tolak ansur terhadap sebarang kes mafia korporat - PM Anwar | Pendaftaran Perikatan Nasional dibatalkan - RoS | 

Terdapat 457 berita berdasarkan kata kunci carian " str"

Kerajaan Perkukuh Ekosistem R&D, Beralih Kepada 'Made By Malaysia' - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia melalui mekanisme pembiayaan yang lebih berteraskan pasaran serta kerjasama lebih erat dengan industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Profesional Kewangan Perlu Suai Diri Dengan Cabaran Geopolitik, AI Dan Iklim - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Profesional kewangan mesti menyesuaikan diri dengan landskap global yang berubah dengan pantas selain dipengaruhi perubahan geopolitik, cabaran berkaitan iklim dan kelestarian, kecerdasan buatan (AI) serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu kepercayaan.

U Mobile, ZTE Lengkapkan Bukti Konsep Tapak Rangkaian 5G Berkuasa Tenaga Hijau Luar Grid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- U Mobile dan ZTE Corporation melengkapkan bukti konsep (POC) bagi tapak rangkaian 5G mudah alih yang beroperasi sepenuhnya di luar grid dan dijana 100 peratus oleh tenaga hijau.

SC Kaji Tubuh Pasukan Petugas Bagi Perkukuh Kecekapan, Akauntabiliti Setiausaha Syarikat

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji penubuhan pasukan petugas pelbagai pihak berkepentingan melibatkan pengawal selia dan badan profesional untuk memperkukuh kecekapan dan profesionalisme setiausaha syarikat dalam syarikat yang disenaraikan di Malaysia.

Labuan IBFC Naik 11 Tangga Ke Kedudukan Ke-44 Dalam Indeks Pusat Kewangan Global

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Sept (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) naik 11 tangga untuk berada di kedudukan ke-44 secara global dalam Indeks Pusat Kewangan Global 40 (GFCI 40) terbaharu sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pusat kewangan terkemuka dunia.

Lawatan Kerja PM Anwar Ke China Bagi Misi Diplomasi Pelbagai Hala, Perdagangan Digital, TVET 

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 21 Sept  (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.

Mini Pelabuhan Darat Di Mengkibol Dirancang Penuhi Keperluan Kargo Tengah, Timur Johor

Oleh Kamarul Halim M Kamal

SEGAMAT, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd bercadang membangunkan sebuah mini pelabuhan darat menggunakan landasan sisi di Stesen Kereta Api Mengkibol, Kluang bagi memenuhi keperluan pengangkutan kargo berasaskan rel di kawasan tengah dan timur Johor.

Pemegang Unit AmFIRST REIT Lulus Penjualan Menara AmBank Bernilai RM331 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.

Fasa Integrasi ASEAN Seterusnya Disaran Berdasarkan Prinsip NIMP 2030 - Tengku Zafrul

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 21 Sept (Bernama) -- Usaha integrasi ekonomi ASEAN seterusnya boleh dirangka berdasarkan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 Malaysia.

Majlis Rantaian Bekalan ASEAN Kini Struktur Kerja Tetap ASEAN-BAC

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Majlis Rantaian Bekalan ASEAN memasuki fasa baharu apabila beralih menjadi struktur kerja tetap di bawah Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Usaha Sama Gamuda-BMD Peroleh Kontrak Naik Taraf Jalan Di New South Wales Bernilai RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat usaha sama Gamuda Bhd dengan B.M.D Constructions Pty Ltd berjaya memperoleh kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai A$624 juta (kira-kira RM1.8 bilion) bagi kerja-kerja naik taraf dua jalan raya di New South Wales, Australia.

Eksport Malaysia Naik 31.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM1.36 Trilion Bagi Januari-Ogos 2026 -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.