Terdapat 1899 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Niaga Hadapan Emas BMD Ditutup Rendah Seiring Penurunan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah hari ini berikutan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS). 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ketika Pelabur Tumpu Keputusan FOMC

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang bermula malam ini, kata penganalisis.

Pengguna Terima Rebat AFA RM3.1 Bilion Sejak 1 Julai 2025 - TNB

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Keputusan Kadar FOMC

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok serta lonjakan harga minyak.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, dibebani oleh prestasi niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, kata seorang peniaga. 

Emas Dijangka Kekal Pada US$4,000-US$5,000 Dalam Beberapa Tahun Akan Datang - Persatuan Emas Malaysia

BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Harga emas dijangka kekal antara US$4,000 dan US$5,000 setiap auns troy dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, dengan logam berharga itu kini diniagakan pada kira-kira US$4,350 setiap auns troy, menurut Persatuan Emas Malaysia.

YTL Power, Ganda Power Tempah Empat Lagi Unit Turbin Gas Siemens Energy

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd, Ganda Power dan Siemens Energy memeterai perjanjian tempahan bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.

Malaysia, Maldives Mulakan Rundingan PTA, Buka Laluan Tingkatkan Perdagangan

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memulakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), langkah yang dijangka mewujudkan peluang baharu kepada sektor perniagaan dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Malaysia Setuju Secara Prinsip Sokong Permohonan Kemudahan US$100 Juta Maldives – PM Anwar

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives bagi kemudahan US$100 juta, yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu bentuk pinjaman mudah yang akan dilaksanakan menerusi pihak berkuasa monetari kedua-dua negara.

Anwar Akan Bincang Dengan Petronas Cadangan Eksplorasi Minyak di Maldives

Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai cadangan agar syarikat minyak global Malaysia itu meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives.

Ekspo Automotif MIAPEX 2026 Disasar Jana Jualan RM12 Juta

SERI KEMBANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Acara Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 pada bulan depan, disasar menjana jualan kira-kira RM12 juta menerusi sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C) yang kukuh.