2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 disebabkan oleh jangkaan aktiviti pengambilan untung akan berlaku serta petunjuk penawaran dan permintaan yang bercampur-campur, kata seorang pedagang industri.
2bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengunjurkan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kekal kukuh di antara RM4,000 dan RM4,300 setiap tan bagi tahun ini, disokong oleh harga semasa petroleum global.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh kebimbangan bekalan dan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis selepas ditekan oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, menurut seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 18 Jun (Bernama) -- Indonesia menjangkakan harga tandan buah segar (FFB) yang diterima petani kelapa sawit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas pihak berkuasa campur tangan berhubung perkara yang mereka sifatkan sebagai anomali dalam pasaran.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di sebalik kebimbangan mengenai isu berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR,15 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam minyak kacang soya.