3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prospek yang optimistik dalam jangka masa terdekat, seperti yang ditunjukkan dalam prestasi Indeks Pelopor (IP), yang meningkat sebanyak 1.29 peratus kepada 115.0 mata pada April 2026, berbanding 113.5 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kurang satu peratus daripada 14 juta pengguna dalam sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada kuota 200 liter sebulan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam wilayah negatif pada tengah hari ini apabila pelabur mengambil untung sambil terus berhati-hati berikutan ketiadaan pemangkin baharu pasaran, kata penganalisis.
3hari ago
SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pertumbuhan industri aeroangkasa antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, didorong permintaan global yang terus meningkat terhadap pesawat serta pengembangan rantaian bekalan industri berkenaan.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peranan yang semakin berkembang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan kini muncul sebagai pemangkin utama kepada momentum baharu hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan, diperkukuh oleh lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah itu baru-baru ini.
3hari ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan terus mencatat kenaikan pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham utiliti dan telekomunikasi.
3hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkat dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen pelabur yang lebih baik selepas data menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan pada masa sama syarikat tempatan pula terus berkembang ke luar negara menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat, daya saing dan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang negara, kata ahli ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.
4hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah menyusut dan prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).