Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " teknologi global"

Ekonomi Malaysia 2026 Diunjur Tumbuh Kepada 4.7 Peratus Dipacu Pusat Data, Kitaran Teknologi --IMF

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 4.7 peratus pada 2026 setelah menerima manfaat daripada aktiviti pusat data serta peningkatan dalam kitaran teknologi global, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

RHB Investment Bank Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPI 2026 Pada 4.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.

Malaysia Sasar xEV Kuasai 20 Peratus Jualan Kenderaan Baharu Menjelang 2030 - MITI

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Berlegar Dalam Julat 1,660-1,690 Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,660-1,690 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Tumpu Aktiviti Bernilai Tinggi Reka Bentuk Litar Bersepadu, Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh industri semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Pulau Pinang Raih Pelaburan Diluluskan Sektor Pembuatan RM4.9 Bilion Pada Suku Pertama 2026

BATU KAWAN, 20 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang meraih pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan berjumlah RM4.9 bilion bagi suku pertama 2026, sekali gus berada pada tangga kedua di seluruh Malaysia, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi industri serta pelaburan utama di negara ini.

Peroleh Telaga Gas Di Turkmenistan Cerminan Keyakinan Kepada Keupayaan Malaysia - PM Anwar

BATU KAWAN, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia di Turkmenistan sebagai bukti jelas keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, kestabilan politik negara ini serta profesionalisme syarikat tempatan.

Malaysia Terajui Industri Semikonduktor Asia Tenggara, Pacu Kerjasama Global -- Sim

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia mempunyai ekosistem semikonduktor paling kukuh di Asia Tenggara, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi utama bagi kerjasama dalam kalangan pemain teknologi utama.