BERITA TERKINI   PMKS perlu kembangkan perniagaan agar dapat menawarkan pekerjaan berkemahiran, gaji lumayan berdasarkan produktiviti yang tinggi - Akmal Nasrullah | Memperkukuh pembaharuan struktur bukan satu pilihan namun merupakan keperluan bagi mencapai pertumbuhan mampan dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik -- Bank Dunia | Prospek ekonomi Malaysia bagi separuh kedua 2026 kekal positif, dengan permintaan domestik terus disokong oleh peningkatan guna tenaga, sokongan fiskal bersasar, serta aktiviti pelaburan yang berterusan -- Bank Dunia | Pelantikan ADUN Ayer Lanas Kamaruddin Mohd Noor sebagai Exco Kelantan tidak disambung berkuat kuasa 9 Nov - Timbalan MB | Hujan berterusan tahap waspada dijangka landa beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga esok - MetMalaysia | 

Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian "pengukuhan"

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Kenaikan Minyak Soya, Prospek Eksport

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki pengukuhan niaga hadapan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT), manakala anggaran eksport minyak sawit yang lebih kukuh turut menyokong sentimen pasaran.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas niaga hadapan getah serantau menunjukkan pengukuhan yang menyokong sentimen tetapi telah diimbangi oleh permintaan yang lemah daripada sektor pembuatan tayar China, menurut seorang peniaga.

KUSKOP Perkukuh Kawal Selia e-Dagang Asing, Lindungi Kepentingan PMKS Tempatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).