Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian " filipina"

Ekspo Automotif MIAPEX 2026 Disasar Jana Jualan RM12 Juta

SERI KEMBANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Acara Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 pada bulan depan, disasar menjana jualan kira-kira RM12 juta menerusi sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C) yang kukuh.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Bank Pusat Utama

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank-bank pusat utama yang dijadualkan minggu ini, kata seorang ahli ekonomi.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Susut Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan ASEAN ketika ditutup pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan prestasi kurang menggalakkan pada minggu lepas sejajar dengan trend serantau yang lemah, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar utama oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank of Japan (BOJ).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, bagaimanapun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Didorong Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan, sekali gus menyokong dolar AS.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Data IHP AS Dikeluarkan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun harga minyak mentah meningkat dan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pelabur menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan pada Jumaat ini.

Ringgit Kekal Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP)  Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.

Cadangan Ambil Alih Pegangan MYEG Ventures Berdaya Maju Komersial -- Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.