BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, bagaimanapun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah berpotensi dinaikkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang akan mengukuhkan mata wang AS.

Ad Banner

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.0685/0725 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0570 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan luaran, khususnya kenaikan mendadak harga minyak mentah susulan peningkatan ketegangan konflik melibatkanA), Israel dan Iran, terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Ketegangan geopolitik yang memuncak telah melonjakkan harga minyak mentah Brent kepada sekitar US$104.64 setong.

Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa sama, jangkaan akan berlaku kenaikan kadar faedah oleh Fed AS turut mencorakkan sentimen dalam pasaran pertukaran asing, sekali gus menyokong nilai dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata tumpuan pasaran kini akan beralih kepada keputusan kadar faedah Fed AS serta unjuran ekonomi terbaharunya, termasuk jangkaan bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), inflasi, pengangguran dan kadar dana persekutuan.

Pada penutupan, ringgit tinggi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.7178/7225 daripada 4.7269/7315, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6400/6428 daripada 2.6431/6459, dan menokok berbanding pound Britain 5.4961/5015 daripada 5.5046/5100 sebelum itu.

Ringgit juga tinggi berbanding kebanyakan mata wang negara serantau ASEAN.

Mata wang tempatan menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2091/2125 daripada 3.2113/2148, melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.3072/3241 daripada 12.3331/3497,menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 231.0/231.3 daripada 231.5/231.8 sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.49/6.50.

-- BERNAMA