BERITA TERKINI   Tiada tarikh akhir ditetapkan ASEAN, China untuk tamatkan rundingan COC Laut China Selatan - PM Anwar | Kerajaan kekal stabil, tumpu pentadbiran bukan spekulasi rombakan Kabinet - PM Anwar | Malaysia dan China setuju tingkat kerjasama AI, pemindahan teknologi untuk perkukuh ekonomi ASEAN - PM Anwar | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2026 meningkat tiga peratus kepada RM25.82 bilion daripada RM25.07 bilion pada suku yang sama pada 2025 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat 30 peratus kepada RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. | 

Terdapat 49 berita berdasarkan kata kunci carian "pembelian"

Asian Pac Beli Tanah Kuantan Bernilai RM42.09 Juta Untuk Projek Komersial

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Asian Pac Holdings Bhd (APHB) telah memeterai perjanjian dengan KotaSAS Sdn Bhd untuk membeli 8.69 hektar tanah pajakan di Kuantan, Pahang bernilai RM42.09 juta dan menjalankan pembangunan komersial bersebelahan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM281.3 juta.

Penjimatan Subsidi Bahan Api Tahun Ini Dimuktamadkan Hujung Tahun - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Jumlah penjimatan subsidi bahan api bagi tahun ini akan dimuktamadkan pada hujung tahun selepas mengambil kira pelarasan berdasarkan transaksi sebenar, harga pasaran mingguan, kadar pertukaran mata wang dan jumlah penggunaan yang disahkan.

Eksport Makanan Laut Jepun Ke Malaysia Melonjak 40 Peratus

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Eksport makanan laut Jepun ke Malaysia meningkat kira-kira 40 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama 2026, didorong oleh permintaan kukuh terhadap produk premium serta semakin ramai pengguna yang mula menggemari masakan Jepun.

Anak Syarikat SSF Home Beli Tiga Tanah Di Pulau Indah Bernilai RM42.47 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Dengan Kecenderungan Sedikit Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan sedikit meningkat memandangkan tekanan ke arah kenaikan atau penurunan harga dijangka minimum.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.

Orgabio Sasar Peluang Dalam Segmen Minuman Sihat Meskipun Kos Pembuatan Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kos pengeluaran bagi formulasi minuman yang lebih sihat boleh meningkat lima hingga 10 peratus, namun Orgabio Holdings Bhd melihat peluang dalam segmen ini memandangkan kebanyakan pemilik jenama mahukan produk yang memenuhi pilihan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Belanjawan 2027: Peruntukan RM16 Bilion Bagi STR Dan SARA Dijangka Rangsang Perbelanjaan Isi Rumah, Sektor Peruncitan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

Unit Harbour-Link Peroleh Dua Kapal Kontena Bernilai RM56.68 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Harbour-Link Lines Sdn Bhd iaitu anak syarikat 85 peratus milik Harbour-Link Group Bhd (Harbour-Link Group) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan dengan Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd untuk memperoleh dua kapal bernilai RM56.68 juta. 

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian, Indeks Komposit Naik 0.36 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.36 peratus susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, mengatasi prestasi kebanyakan pasaran serantau yang ditutup rendah, kata penganalisis.