1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada RM139.12 juta daripada RM126.68 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- UOB Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB (RHB) dan Malayan Banking Bhd (Maybank) berjaya melaksanakan transaksi pasaran wang antara bank bertempoh tiga bulan berasaskan Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) yang pertama di negara ini.
1bulan ago
SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus memperluas akses kepada perkhidmatan perbankan Islam menerusi pembukaan rasmi cawangan Kuala Selangor hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) – OSK Property Holdings Bhd bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperluas Pinjaman Perumahan dan Pengubahsuaian oleh RHB kepada pembeli yang layak untuk hartanah bertanah dalam pembinaan terpilih yang dibangunkan oleh OSK Property.
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Will
BALI, 22 Ogos (Bernama) -- Kelestarian akan terus menjadi asas utama dalam pembangunan Maraton Maybank, seiring dengan langkah kumpulan perbankan itu dalam meningkatkan usaha untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif serta berterusan di ASEAN.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka berada dalam julat 1,725 hingga 1,750 mata, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Maybank dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menyokong pembangunannya sebagai cadangan yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara serta rantau ASEAN yang lebih luas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ryt Bank meraikan ulang tahun pertamanya selepas mencapai lebih 1.5 juta pelanggan, sekali gus menjadikannya sebagai bank digital terbesar di Malaysia hanya dalam tempoh setahun beroperasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), iaitu Southville City Sdn Bhd (Southville City) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan WG Malaysia X Sdn Bhd bagi cadangan penjualan tanah seluas 31.88 hektar di Dengkil, Selangor bernilai RM617.86 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.