BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Peruntukan STR SARA 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini | Belanjawan 2027: Semua penerima STR akan terima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun, manfaatkan sembilan juta penerima  | Hasil kerajaan diunjurkan meningkat 4.7 peratus kepada RM380.8 bilion pada 2027, dengan dividen Petronas dijangka menyumbang RM32 bilion - MoF | Aktiviti pelaburan dijangka kekal kukuh, dengan pelaburan swasta diunjurkan berkembang 7.1 peratus pada 2027 manakala pelaburan awam dijangka meningkat 6.8 peratus – MoF | Belanjawan 2027: Tahun 2027, jumlah keseluruhan subsidi, bantuan dan insentif lebih RM80 bilion termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan jabatan kebajikan masyarakat hampir RM3.3 bilion | 

Terdapat 769 berita berdasarkan kata kunci carian "pengguna"

Malaysia Perlu Bangunkan Tenaga Kerja Masa Depan, Manfaatkan Kebangkitan Ekonomi Asia

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sendiri untuk menjadi pengeluar teknologi kompetitf global serta pada masa sama menyediakan tenaga kerja sedia masa depan demi menjana faedah daripada kebangkitan ekonomi Asia, kata Pengasas Bersama Strategic Intelligence Prof Henrik von Scheel.

RUU Statistik 2026 Dijangka Diwartakan Hujung Tahun - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi  Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Peruncit Tempatan Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk RM223.1 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peruncit tempatan kembali mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas merekodkan jualan selama seminggu, membawa kepada aliran masuk bersih sebanyak RM223.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Malaysia Pada Landasan Tepat Capai Sasaran 12 Ekonomi Paling Berdaya Saing Dunia - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Ketegangan Di Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.

JOM MALAYSIA Platform Perkasa Produk Sabah Ke Pasaran Global

SANDAKAN, 25 Julai (Bernama) -- Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Belanjawan 2027: Kerajaan Disaran Tambah Kemudahan Pengecasan, Insentif Beli EV

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk menambah kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) khususnya di kawasan luar bandar serta memperkenalkan insentif pembelian EV dalam Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Tarif Terbaharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.

Harga Brent Kekal Lebih US$100 Setong Jika Kapal, Prasarana Tenaga Terus Diserang - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.

SAMENTA Gesa PKS Pelbagai Pasaran Eksport Susulan Tarif Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.