2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama namun, rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat meningkatkan permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana pada akhir sesi dagangan pagi, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026 berikutan inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat RM4.05 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pasaran berkemungkinan menumpukan perkembangan membabitkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) serta Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).