29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd hari ini memaklumkan tiada sebarang perjanjian muktamad yang dimeterai membabitkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) yang dilaporkan bernilai RM800 juta.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Uzbekistan melihat Malaysia sebagai ‘guru yang baik’, memandangkan negara di Asia Tengah itu sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan sistem pensijilan halal dan membangunkan ekosistem halal yang lebih menyeluruh.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
29hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 218.49 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada saham terbitannya untuk mengumpul hasil kasar sehingga RM79.75 juta.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Data yang menjadi asas kepada rangka kerja penetapan harga Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) MediAsas menunjukkan pembayar pihak ketiga menanggung bil hospital berjumlah RM3.9 bilion, manakala RM932 juta dibayar sendiri oleh pesakit.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan mengetuai misi rasmi ke India dari 27 September hingga 1 Oktober, 2026 bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan pasaran India.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia antara lima ekonomi ASEAN yang berpotensi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kekuatan masing-masing dalam sektor pembuatan dan infrastruktur digital.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyasarkan untuk menyalurkan RM15 bilion ke dalam pelaburan aset hijau, peralihan dan RM500 juta ke dalam pelaburan impak sosial menjelang 2030 di bawah Rangka Kerja Kemampanan 2026 (SF 2026) yang baru diumumkan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC Bank) menjangkakan sedikit kelonggaran fiskal sebanyak 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia pada 2026, dengan unjuran defisit fiskal negara itu berada pada paras 3.6 peratus KDNK berbanding sasaran belanjawan sebanyak 3.5 peratus.