BERITA TERKINI   Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Terdapat 835 berita berdasarkan kata kunci carian " terma"

Kedudukan Dan Pengaruh Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Jadi Ciri Utama Diplomasi Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kedudukan, peranan dan pengaruh Malaysia sebagai negara perdagangan yang merentasi laluan perdagangan global dan rantaian bekalan menjadi ciri utama diplomasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Rancang Guna Semula Tapak Loji Janakuasa Arang Batu Bakal Ditutup Kepada Hab TBB

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia merancang untuk menggunakan semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu (TBB) dan kemudahan penyimpanan tenaga bateri di bawah Rangka Kerja Penggunaan Semula Tapak Arang Batu Kebangsaan yang dicadangkan.

Bank Semakin Cenderung Syaratkan Syarikat Mohon Pinjaman Kemuka Laporan Kemampanan - ESGright

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan meraih manfaat yang lebih besar sekiranya mematuhi keperluan pelaporan kemampanan berikutan langkah itu membantu mereka mendapat akses kepada modal dan pasaran, selain mengekalkan daya saing.

Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand akan dirundingkan secara dua hala dengan Thailand sebelum dilaksanakan, kata Kementerian Ekonomi.

Khazanah Sambut Baik Syor PAC Bagi Perkukuh Ekosistem Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.

Kerajaan Sarawak Lulus Pelantikan Bintulu Port Sebagai operator Pelabuhan Bintulu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah memberikan kelulusan secara prinsip bagi pelantikan anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) sebagai operator Pelabuhan Bintulu di bawah Seksyen 12(2) Ordinan Lembaga Pelabuhan 1961.

HSBC Sasar FBM KLCI 1,850 Mata Pada Akhir Tahun, Naik 10 Peratus Daripada Paras Semasa

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.

SC Lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu Bagi Penggal 2026-2029

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik tujuh anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029. 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Skygate Berhubung Lonjakan Harga Sahamnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Skygate Solutions Bhd berikutan kenaikan mendadak harga saham syarikat berkenaan.

Penggunaan Elektrik Pusat Data Diunjur 31 Peratus Menjelang 2035 

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.

Gerakan Koperasi Seluruh Negara Catat Perolehan RM81.62 Bilion Pada 2025

KEMAMAN, 1 Julai (Bernama) -- Gerakan koperasi di negara ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila perolehannya meningkat hampir 20 peratus kepada RM81.62 bilion pada tahun lepas berbanding RM68.18 bilion pada tahun sebelumnya.

DNB Percepat Fasa Pertumbuhan 5G Seterusnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan kapasiti, prestasi dan memenuhi keperluan masa hadapan selari dengan peranannya sebagai penyedia infrastruktur 5G terkemuka Malaysia.