2bulan ago
BANGI, 23 Jun (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group, menyasarkan untuk meningkatkan jumlah outlet komersial kepada sekurang-kurangnya 15 premis tahun ini berbanding sembilan pada masa ini dalam usaha memacu pertumbuhan masa depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Jaminan perjanjian jangka panjang untuk membekalkan minyak, gas dan diesel bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun memberi manfaat serta kestabilan kepada sektor logistik dan pengangkutan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan aktiviti pembelian saham murah walaupun pretasi Wall Street bercampur-campur, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan rundingan damai di Asia Barat telah menunjukkan kemajuan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Indonesia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 26.34 trilion rupiah (1 juta rupiah=RM231.2) pada separuh kedua 2026 yang turut merangkumi insentif pengangkutan, program penggajian dan langkah bantuan makanan.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT), kata peniaga.
2bulan ago
JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat berpangkalan di Singapura, Alpha Story melancarkan penyelesaian komunikasi pemasaran di Indonesia yang menyasarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi profesional lebih mudah diakses oleh perniagaan kecil.