BERITA TERKINI   DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi beri laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 diadakan - Premier | Kerajaan tidak tolak kemungkinan haramkan Waze di Malaysia sekiranya mempunyai aplikasi alternatif lain - Anwar | Larangan penggunaan aplikasi Waze dilakukan kerana kerajaan tidak kompromi keselamatan rakyat dan negara - Anwar | 

Terdapat 79 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak mentah brent"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman OPR BNM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong kenaikan saham sektor kewangan, perladangan dan utiliti, ketika pelabur menantikan keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini serta menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman. 

Pasaran Getah Susut Akibat Pengambilan Untung, Penyelarasan Kedudukan Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung dan penyelarasan semula kedudukan pasaran, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan Berikutan Prestasi Lemah Di Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman disebabkan harga minyak mentah yang lebih tinggi and hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat telah membebani sentimen pasaran.

Ringgit Dibuka Rendah Berikutan Peningkatan Harga Minyak, Kadar Faedah Fed AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kenaikan harga minyak mentah Brent yang meningkatkan kebimbangan inflasi, sekali gus mendorong jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Disokong Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong kenaikan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit Susulan Harga Minyak Stabil, Ringgit Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan nilai ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Hasil Perbendaharaan AS Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan ketidaktentuan mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.