BERITA TERKINI   PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | Kerajaan alu-alukan ahli akademik menilai, beri kritikan membina terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia, termasuk RMK-13 - Fahmi | Industri perbankan dan PayNet rancang perkenalkan amaran penipuan merentas pelbagai industri, projek rintis disasarkan pada separuh pertama 2027 – Gabenor BNM | 

Pasaran Getah Susut Akibat Pengambilan Untung, Penyelarasan Kedudukan Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung dan penyelarasan semula kedudukan pasaran, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama bahawa sentimen pasaran dipengaruhi oleh kebimbangan baharu iaitu bank-bank pusat mungkin mengekalkan dasar monetari yang ketat untuk tempoh lebih lama serta penjualan besar-besaran ekuiti global berikutan serangan baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Ad Banner

Beliau menambah sentimen negatif itu terus terjejas dengan tindakan Kanada yang memulakan siasatan anti-lambakan dan anti-subsidi terhadap eksport tayar trak serta bas dari China selain prestasi ekonomi AS yang lebih lemah.

"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dapat dibendung oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah kebimbangan bekalan yang berterusan akibat El-Nino," katanya.

Sewaktu berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.16 peratus kepada US$94.80 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 9.5 sen sekilogram kepada 954.50 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.0 sen sekilogram kepada 687.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA