BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital (Pusat Data) akan digubal dan dibentang kepada Kabinet tahun depan -- Kementerian Ekonomi | Kementerian Ekonomi bentang Rangka Kerja Ekonomi Kitaran, teraju peralihan nasional daripada model ekonomi linear "guna-buang" | MTEN teliti 3 keutamaan dasar strategik pacu pertumbuhan mampan, perkukuh daya tahan ekonomi negara -- Kementerian Ekonomi | Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | 

Unit GDB Peroleh Subkontrak Bernilai RM118.99 Juta Bagi Program Ramalan Banjir Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd (GDB), GDB Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM118.99 juta bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 di Sarawak.

GDB Holdings berkata kontrak itu diberikan oleh kontraktor utama, I-Ilham Corporation Sdn Bhd kepada anak syarikatnya untuk kerja-kerja pembinaan dan penyiapan projek berkenaan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata projek berkenaan dijadualkan siap pada 29 Nov, 2029 dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa hadapan.

Ad Banner

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, GDB berkata projek itu merupakan kontrak infrastruktur keempat yang diperolehnya di Sarawak, sekali gus meningkatkan nilai terkumpul kontrak pembinaannya di negeri itu kepada RM355.9 juta.

Kontrak berkenaan turut meningkatkan nilai kontrak yang diperoleh GDB setakat tahun ini di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur kepada RM795.3 juta.

“Dengan kontrak baharu ini, kumpulan berada di landasan untuk mencapai sasaran nilai perolehan kontrak bernilai RM1.0 bilion bagi tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 31 Dis, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Setakat 13 Okt, 2026, nilai tender GDB berjumlah RM4.3 bilion, merangkumi sektor perindustrian, pusat data, komersial, pembangunan bercampur, infrastruktur dan kediaman," katanya.

 -- BERNAMA