BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital (Pusat Data) akan digubal dan dibentang kepada Kabinet tahun depan -- Kementerian Ekonomi | Kementerian Ekonomi bentang Rangka Kerja Ekonomi Kitaran, teraju peralihan nasional daripada model ekonomi linear "guna-buang" | MTEN teliti 3 keutamaan dasar strategik pacu pertumbuhan mampan, perkukuh daya tahan ekonomi negara -- Kementerian Ekonomi | Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | Sarawak bakal jadi hab serantau Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi Borneo mulai tahun depan – Azalina | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 susut 13 mata masing-masing kepada 1,586.50, 1,588.00 dan 1593.50.

Kontrak Mac 2027 merosot 15 mata kepada 1,577.00.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurang kepada 6,265 lot daripada 6,830 lot lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,156 kontrak berbanding 47,020 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 12.01 mata atau 0.74 peratus, kepada 1,595.75 daripada 1,607.76 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner