BERITA TERKINI   MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " petronas"

Petronas Sasar Kekalkan Pengeluaran Pada Dua Juta Tong Setara Minyak Sehari Hingga 2028

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar dua juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) hingga 2028.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong kenaikan beberapa saham perbankan terpilih menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan Berikutan Prestasi Lemah Di Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman disebabkan harga minyak mentah yang lebih tinggi and hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat telah membebani sentimen pasaran.

Capex Huluan Petronas Akan Pulih Pada Tahun Kewangan 2027 - HLIB

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbelanjaan modal (capex) huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2027, bersama peningkatan pelaburan keselamatan tenaga di seluruh rantau ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) hari ini.

PNB Merdeka Ventures Sasar Lebih Banyak Jenama Global Dari India, China Dan Asia Barat - CEO

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd sedang meningkatkan usaha untuk menarik lebih banyak jenama global dari India, China dan Asia Barat ke Menara Merdeka Maybank, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.