Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong kenaikan beberapa saham perbankan terpilih menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.07 mata kepada 1,701.61 berbanding paras 1,700.54 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.42 mata lebih tinggi pada 1,700.96.
Sentimen pasaran secara keseluruhan bagaimanapun negatif dengan 750 kaunter rugi berbanding 332 kaunter untung, manakala 466 kaunter tidak berubah, 1,224 kaunter tidak didagangkan dan 17 kaunter digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.47 bilion unit bernilai RM1.61 bilion.
Jawatankuasa Dasar Monetari BNM akan bermesyuarat esok, dengan konsensus pasaran menjangkakan OPR kekal pada 2.75 peratus sehingga hujung tahun 2026.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.56, Public Bank menokok satu sen kepada RM4.92, CIMB Group susut empat sen kepada RM7.81, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM13.66, IHH Healthcare merosot lapan sen kepada RM8.07, manakala AMMB Holdings meningkat tujuh sen kepada RM6.82.
Bagi kaunter paling aktif, Zetrix AI susut 2.5 sen kepada 24 sen, Focus Dynamics menambah setengah sen kepada satu sen, Ingenieur Gudang naik satu sen kepada 4.5 sen, Velesto Energy meningkat 1.5 sen kepada 24.5 sen dan Ni Hsin Group menokok dua sen kepada 26 sen.
Antara kaunter untung utama, United Plantations meningkat 48 sen kepada RM32.52, Hengyuan Refining naik 35 sen kepada RM2.88, Petronas Chemicals menokok 30 sen kepada RM4.37, Manulife Holdings meningkat 25 sen kepada RM2.57 dan Kuala Lumpur Kepong menambah 24 sen kepada RM22.08.
Dalam kalangan kaunter rugi utama, Nestle susut RM1.62 kepada RM97.08, Malaysian Pacific merosot 66 sen kepada RM39.60, BLD Plantation turun 50 sen kepada RM14.50, Hong Leong Industries berkurangan 34 sen kepada RM17.50 dan Fraser & Neave susut 28 sen kepada RM25.00.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.64 mata kepada 12,586.36, Indeks FBMT 100 merosot 18.53 mata kepada 12,395.31, Indeks FBM Emas Shariah susut 12.28 mata kepada 12,379.70, Indeks FBM 70 turun 139.01 mata kepada 17,777.48 dan Indeks FBM ACE berkurangan 36.48 mata kepada 5,150.00.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 78.07 mata kepada 9,393.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.98 mata kepada 186.57 dan Indeks Tenaga menokok 9.84 mata kepada 799.68, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 31.53 mata kepada 20,006.94.
-- BERNAMA