Terdapat 93 berita berdasarkan kata kunci carian " separuh pertama 2026"

Hutang Statutori Kerajaan 2026 Diunjur Kekal Bawah 65 Peratus Daripada KNDK

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Paras hutang statutori Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira keperluan pinjaman pada 2026 diunjurkan masih di bawah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bekalan Minyak Mentah Untuk Pengeluaran Perindustrian Masih Terkawal

KUALA LUMPUR, Julai 7 (Bernama) -- Bekalan minyak mentah untuk pengeluaran perindustrian termasuk resin, masih terkawal, bagaimanapun industri sedang melaksanakan penyesuaian dalam operasi bagi menghadapi peningkatan kos, menurut Kementerian Ekonomi.

Unit BM Greentech Ambil Alih NEFIN V Power Pada RM3.6 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.

Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.

Pasaran Getah Meningkat Semula Susulan Kenaikan Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan berikutan hujan lebat di Thailand dan amaran ribut tropika.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah Hari Ini

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan separuh pertama 2026 dengan mencatat prestasi lebih rendah susulan sesi dagangan dalam jajaran kecil apabila pelabur kekal berwaspada dalam keadaan tiada pemangkin baharu di dalam negara.

Malaysia Airports percepat Transformasi Selepas Penstrukturan Semula 

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempercepat transformasi menyeluruh organisasinya bagi memperkukuh tadbir urus, pelaksanaan projek dan kemampuan dalaman susulan langkah penstrukturan semula syarikat pada Mac 2025.

Tinjauan Dapati PMKS Kekal Berdaya Tahan Walaupun Indeks Sentimen Lebih Lemah -- SME Bank

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026).