29hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Unit perniagaan pengeluaran luar pesisir Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Pte Ltd dan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) telah mencapai minyak pertama di medan Lac Da Vang (LDV) luar pesisir Vietnam, lebih awal daripada jadual.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CIMB Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah bersama-sama menjayakan acara pertama Invest Malaysia Day 2026 di Singapura.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), bersama TotalEnergies EP CCS Malaysia dan Mitsui & Co Ltd menandatangani perjanjian usaha sama (JVA) untuk membangunkan kawasan penyimpanan CO2 di luar pesisir Semenanjung Malaysia.
29hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kereta api lapangan terbang berkelajuan tinggi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berhasrat menjalin kerjasama lanjut dengan universiti untuk membangunkan bakat muda dan membina kepakaran tempatan dalam teknologi rel.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.