2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, sekali gus mencatat tiga pencapaian penting di peringkat nasional.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) perlu melakukan penyesuaian terhadap realiti ekonomi antarabangsa pada masa ini untuk kekal relevan dalam keadaan persaingan yang semakin sengit dan dinamik perdagangan global yang berubah-ubah, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2bulan ago
JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Para pemegang saham Maybank Indonesia telah meluluskan penubuhan bank itu sebagai syarikat induk operasi Konglomerat Kewangan Maybank di Indonesia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana walaupun pasaran emas COMEX AS mencatatkan kenaikan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan separuh pertama 2026 dengan mencatat prestasi lebih rendah susulan sesi dagangan dalam jajaran kecil apabila pelabur kekal berwaspada dalam keadaan tiada pemangkin baharu di dalam negara.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih satu lagi pencapaian ekonomi yang penting apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita melepasi paras US$15,000 (US$1= RM4.06) pada 2026, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) komited untuk menggerakkan sejumlah US$73 bilion (US$1 = RM4.06) dalam bentuk pembiayaan mampan di serata ASEAN menjelang 2030.
2bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengunjurkan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kekal kukuh di antara RM4,000 dan RM4,300 setiap tan bagi tahun ini, disokong oleh harga semasa petroleum global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh minat belian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor kewangan, utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.
2bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Pencapaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengkomersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion membuktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.