1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Zakat Perniagaan Simpanan Syariah, satu kemudahan baharu yang membolehkan ahli beragama Islam memenuhi kewajipan zakat ke atas simpanan Simpanan Syariah mereka dengan mudah.
3hari ago
Oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara. Setiap ringgit ‘direbut’ dan ‘dibahas’. Bantuan yang sangat diperlukan sesebuah keluarga pada hari ini terpaksa diimbangi dengan disiplin kewangan demi masa depan anak -anak mereka – satu tanggungjawab yang bukan mudah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kenaikan kadar gaji minimum kepada RM2,000 merupakan satu reformasi penting terhadap pasaran tenaga kerja yang akan meningkatkan kesejahteraan pekerja, sekali gus menyokong kecukupan simpanan persaraan yang lebih baik bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.
14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Seorang penyelidik universiti mencadangkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100,000 menjelang usia 55 tahun bagi membolehkan mereka menerima pendapatan persaraan secara bulanan sebanyak RM780.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan enam daripada 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030 berdasarkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).