29minit ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Rabu, namun susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan jangkaan baharu bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi kekal tidak berubah berbanding dolar AS dalam persekitaran susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah berikutan data inflasi yang lebih kukuh daripada unjuran.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan harapan konflik antara AS dan Iran akan reda.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini terjejas oleh sentimen berhati-hati mengelak risiko merentas pasaran global di tengah-tengah tekanan jualan dalam sektor semikonduktor.
5hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan petunjuk bercampur-campur daripada ekonomi dan pasaran kewangan AS yang menjejaskan prospek mata wang negara itu.
6hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan dengan ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis menjelang pengumuman keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dengan jangkaan kenaikan kadar faedah memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang ASEAN lain pada penutupan Rabu menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.