TNB Catat Prestasi Berdaya Tahan Bagi Separuh Pertama 2026, Lindungi Rakyat Ketika Ketidaktentuan Di Asia Barat
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mencatatkan prestasi berdaya tahan bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (Separuh Pertama 2026), sekali gus memperteguhkan keupayaannya dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan selamat, memperteguh keterjaminan tenaga negara serta memacu agenda peralihan tenaga Malaysia dalam persekitaran tenaga global yang dinamik.