BERITA TERKINI   Ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 6.0 peratus pada suku kedua 2026 - Anggaran Awal KDNK oleh DOSM | Kerjasama TVET Malaysia-China sedia 7,625 peluang latihan - TPM Ahmad Zahid | Majlis TVET Dunia bakal sediakan platform bagi pembangunan kemahiran global - Ahmad Zahid | Kerjasama TVET Malaysia–China pacu pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi - TPM Ahmad Zahid | Malaysia cadang  tubuh Majlis TVET Dunia, China sebagai tuan rumah tetap - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " suku ketiga 2026 "

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2026, Pertumbuhan Merentasi Sektor

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran Awal KDNK Malaysia Suku Ketiga

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS

Oleh Muhammaf Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan pengumuman data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan mengukuhkan lagi unjuran kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, sekali gus menyokong pengukuhan mata wang dolar.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Empat Hari Berturut-turut, Belian Harga Rendah Berterusan

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.

Ekonomi Singapura Berkembang 5.4 Peratus Pada Suku Ketiga 2026 - Anggaran Awal

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 5.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2026, sederhana berbanding pertumbuhan 6.2 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut anggaran awal daripada Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI).

Cadangan Kumpul US$1 Bilion Bagi Biayai Semula Hutang, Perkukuh Lembaran Imbangan -- AirAsia

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.