8hari ago
JELI, 15 Okt (Bernama) -- Pengkomersialan produk BioKenaf® hasil penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menjana nilai jualan melebihi RM50 juta dan mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.
29hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Industri kayu negara terus memberi sumbangan penting kepada eksport negara dengan nilainya mencecah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 manakala purata nilai eksport tahunan melebihi RM20 bilion.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti usaha bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
SERDANG, 1 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berharap Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agrikomoditi khususnya dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri.