BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 3-0 KL City | Liga Super: Sabah 1-2 DPMM | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " audit forensik"

TH Catat Kerugian RM13 Bilion Daripada 14 Pelaburan, Tujuh Rugi 100 Peratus - Amir Hamzah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan bermasalah dengan tujuh daripadanya merekodkan kerugian 100 peratus,  kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perbincangan Pelaburan TH Perlu Adil, Tidak Semua Kerugian Berpunca Daripada Salah Laku

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perbincangan mengenai pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilakukan secara adil memandangkan setiap pelaburan institusi itu mempunyai risiko dan tidak semua kerugian yang dialami berpunca daripada salah laku, kata Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun.

TH Perlu Kurangkan Kebergantungan Terhadap Pendapatan Sukuk UJSB -- Ahli Parlimen Bentong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.

Sesi Sidang Khas Parlimen Bincang RCI Tabung Haji Pada 11 Ogos - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.