11hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sektor swasta perlu memainkan peranan aktif bagi memastikan Malaysia mendapat limpahan ekonomi yang positif daripada penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) jika Malaysia membuat keputusan untuk mengembalikan acara sukan permotoran berprestij itu, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.
19hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
SEPANG, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang untuk kembali ke kalendar Formula One (F1), namun usaha itu perlu disokong rancangan perniagaan sekurang-kurangnya lima tahun yang merangkumi aspek pembiayaan, promosi dan logistik, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem.
20hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) perlu bersedia menghadapi gangguan tidak dijangka termasuk ketidakstabilan geopolitik melalui pengurusan dan penilaian risiko, kata Presidennya Mohammed Ben Sulayem.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.