BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " juruterbang"

Semua Kru Operasi AirAsia Didapati Negatif Dadah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia didapati negatif dadah selepas saringan yang dijalankan sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan dan keselamatan syarikat penerbangan itu.

Hubline Sahkan Helikopter Dikendali Unitnya Terlibat Kemalangan Di Long Lellang

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline)  hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).

MAG Tidak Kompromi Soal Keselamatan, Kru Diwajibkan Jalani Saringan Dadah Tahunan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.

Pertanian, Logistik Bakal Terima Impak Segera Dari Ekonomi Altitud Rendah -- CAAM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Pertanian dan logistik dijangka menerima impak segera daripada Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) Malaysia, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM Siasat Penahanan Juruterbang Malaysia Di Indonesia Dari Sudut Kawal Selia

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia dari sudut pengawalseliaan, termasuk untuk menentukan sama ada wujud sebarang kelemahan sebelum juruterbang itu berlepas dari Malaysia.

Malaysia Airlines Enggan Ulas Dakwaan Kes Dadah Libat Juruterbang, Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Indonesia

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.