Industri Acara Perniagaan Dijangka Jana Impak Ekonomi RM34.97 Bilion Menjelang 2030
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia diunjurkan menjana impak ekonomi terkumpul berjumlah RM34.97 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.