Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " negara berpendapatan tinggi"

Kerajaan Kekal Tahap Pekerja Asing 13 Peratus, Sasar 10 Peratus Menjelang 2030 — MITI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengekalkan had ke atas pekerja asing pada 13 peratus daripada jumlah tenaga kerja Malaysia, selepas mengurangkan pergantungan negara kepada buruh asing daripada 15 peratus dan berhasrat menurunkannya lagi kepada 10 peratus menjelang 2030.

Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Pelabur Asing Berikutan Persekitaran Perniagaan Kukuh - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

Kerajaan Nilai Semula Keperluan Import, Rangka Dasar Perkukuh Industri Domestik

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan menilai keperluan import negara termasuk barangan modal dan merangka dasar untuk mengurangkan kebergantungan pada ekosistem luaran dalam Malaysia giat memperkukuh industri domestik dan mewujudkan nilai yang lebih baik daripada perdagangan dan pelaburan.

Lebih 14.2 Juta Individu Terima BUDI95 Dengan Penggunaan Lebih 13.4 Bilion Liter - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lebih 14.2 juta daripada 16.7 juta individu yang menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah menikmati subsidi berkenaan yang melibatkan penggunaan lebih 13.4 bilion liter, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Kian Hampiri Ambang Negara Berpendapatan Tinggi Bank Dunia – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia Dijangka Kekalkan Momentum Perdagangan Kukuh -- Sim

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum perdagangan yang kukuh dalam beberapa bulan akan datang selepas mencatat prestasi perdagangan terbaik dalam sejarah negara bagi empat bulan pertama 2026 meskipun dalam ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.