Orkim Selesai Terima Kapal Orkim Opal, Perluas Armada Kepada 20 Buah Kapal
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd, menyelesaikan Protokol Penyerahan dan Penerimaan bagi kapal Orkim Opal, sekali gus menjadikan jumlah armada kumpulan itu kepada 20 buah kapal dan meningkatkan jumlah kapasiti muatannya sebanyak 5.5 peratus.