26hari ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Umat Islam selaku pendeposit wajar kembali menghayati prinsip utama penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) yang bermatlamat membantu menguruskan simpanan bagi urusan ibadah haji dan bukan menjadikan pengumuman dividen sebagai ukuran utama prestasi institusi itu.
1bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Penekanan aspek seperti kestabilan pendapatan, kecairan dan keselamatan modal perlu terus menjadi asas bagi dasar pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan institusi itu menguruskan simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) hanya diumumkan berdasarkan keputusan kewangan yang telah diaudit, sekali gus memperkukuh integriti proses pelaporan kewangan dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap institusi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion, iaitu RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga akhir 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) berkata pelan pemulihan dan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada 2018 merupakan langkah penyelamatan kewangan (bailout) yang perlu bagi mengelakkan institusi itu daripada berdepan insolvensi, di samping melindungi simpanan pendeposit dan memastikan kemampanan kewangan institusi berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.