11hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Public Bank Bhd mengemukakan cadangan untuk menyahsenarai anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 73.23 peratus, Public Financial Holdings Ltd (PFHL) pada harga tawaran HK$2.50 (RM1.29) sesaham.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini mengemukakan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas mengenai pindaan yang dicadangkan untuk memudahkan Fasa 2 peralihan kepada sekuriti tanpa skrip yang didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.
2bulan ago
KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelarasan sementara kepada kekerapan penerbangan ke atas sebilangan kecil laluan terpilih merentasi rangkaiannya, berkuat kuasa 6 Julai hingga 24 Okt, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan armada serta mengukuhkan prestasi jadual.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines pada Sabtu mengumumkan pembatalan tambahan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur-Shanghai pada 11 hingga 12 Julai 2026 berikutan cuaca buruk akibat Taufan Bavi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik 86.8 peratus Rohas Tecnic Bhd, HG Power Transmission Sdn Bhd (HGPT) menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan yang melibatkan syarikat itu telah pun selesai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) membatalkan perintah penyitaan yang sebelum ini dikeluarkan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), MAB Engineering Services, kekal komited menyokong AirBorneo menerusi kerjasama penyelenggaraan sedia ada ketika syarikat penerbangan milik Sarawak itu berusaha mengatasi cabaran operasi yang dihadapi kebelakangan ini
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Airbus telah mengesahkan bahawa pesanan AirAsia X untuk 15 pesawat Airbus A330-900 telah dibatalkan melalui persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.