Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " tani"

Kerajaan Sedang Kaji Perluas Guna QR SARA Ke Pasar Tamu, Pasar Tani -- MOF

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama)  -- Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.

MBSB Bank, NCIA Meterai MoU Penyediaan Pembiayaan Hingga RM1 Bilion Untuk PKS

PETALING JAYA, 17 Julai (Bernama) -- MBSB Bank Bhd hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi di seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion.

Perbelanjaan Pengguna Malaysia Dijangka Meningkat Pada 2026 - BMI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka meningkat pada 2026, disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan prospek pekerjaan yang stabil, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

Sektor Pertanian Di Seremban Catat Nilai Pengeluaran RM45 Juta Tahun Lepas

SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- Sektor pertanian di daerah Seremban terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila merekodkan nilai pengeluaran sebanyak RM45 juta dengan jumlah pengeluaran mencecah 14,671.27 tan sepanjang tahun lepas.

Agrobank Terima Permohonan Pembiayaan Lebih RM8 Juta Menerusi Sesi Libat Urus Penjaja

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank menerima permohonan pembiayaan melebihi RM8 juta menerusi siri sesi libat urus bersama penjaja dan usahawan mikro setakat ini, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap pendekatan turun padang bank itu dalam memperluas akses kewangan kepada peniaga kecil.

Sabah Perlu Pelan Induk Logistik Bersepadu Untuk Hala Tuju Holistik

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Sabah memerlukan pelan induk logistik serta pengangkutan bersepadu untuk menangani cabaran di peringkat struktur dan bukannya bergantung pada penyelesaian projek-projek yang berasingan, menurut seorang pakar logistik.

Keuntungan Selepas Cukai JCorp Naik Berganda Kepada RM703 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Keuntungan selepas cukai (PAT) Johor Corporation (JCorp) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 naik lebih dua kali ganda kepada RM703 juta berbanding tahun sebelum ini selepas dipacu oleh pertumbuhan dan prestasi kukuh merentas segmen perniagaan utamanya.

Selangor Cadang Perluas SA500, Bantu Syarikat Terkesan Gangguan Bekalan Dan Sumber

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor bercadang memperluaskan program Selangor Advance (SA500) bagi membantu aliran tunai syarikat yang berurusan dengan projek infrastruktur negeri termasuk di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).