BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kadar bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama bagi usahawan PMKS akan diturunkan kepada 14 peratus | Belanjawan 2027: Hampir RM25 juta disediakan percepat urusan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan | Belanjawan 2027: Kerajaan akan pinda Akta Pengangkutan Jalan, wajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa | Belanjawan 2027: Had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada RM3,000, bagi syarikat selain PMKS had keseluruhan tuntutan dinaikkan kepada RM30,000 – PM Anwar | Belanjawan 2027: Setakat September, 290,000 pekebun kecil terima RM400 sebulan sebagai bantuan subsidi | 

Terdapat 97 berita berdasarkan kata kunci carian "ahli ekonomi"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Prospek Fiskal Belanjawan 2027 Jadi Tumpuan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang ASEAN, namun sebaliknya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah lonjakan semula harga minyak mentah serta ketegangan geopolitik yang meruncing di Asia Barat, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dan terus berdepan tekanan jualan menjelang pengumuman Belanjawan 2027 esok berikutan lonjakan semula harga minyak serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat yang terus menjejaskan sentimen risiko.

Penyerapan Kos Kekalkan Inflasi Rendah Namun Tekanan Harga Mungkin Meningkat Pada 2027 -- Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Jurang inflasi antara pengeluar dan pengguna Malaysia menunjukkan perniagaan atau syarikat menanggung sebahagian daripada peningkatan kos meskipun pengguna berkemungkinan berdepan harga lebih tinggi jika keadaan itu berterusan, menurut Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Risiko Luaran, Politik Antara Cabaran Ekonomi Malaysia Pada 2027 - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdepan risiko luaran pada 2027 terutama ketidaktentuan geopolitik, dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) serta kadar faedah yang tinggi di negara-negara maju, kata pakar ekonomi.

Gaji Minimum RM1,900-RM2,000 Wajar Dilaksana Beransur-ansur, Ikut Sektor - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyelarasan gaji minimum baharu antara RM1,900 hingga RM2,000 wajar dipertimbangkan secara beransur-ansur selain mengambil kira perbezaan mengikut sektor serta negeri bagi mengurangkan tekanan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata pakar ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Menjelang Pembentangan Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis ketika pasaran menunggu pembentangan Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju defisit fiskal negara.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan unit negara maju itu mengukuh secara meluas di tengah-tengah kebimbangan semula terhadap prospek fiskal Eropah, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan mata wang tempatan masih diniagakan dalam jajaran kecil didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran global.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Belanjawan 2027

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa ketika para pelabur memantau rapat perkembangan Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, bagi mendapatkan petunjuk baharu, kata seorang penganalisis

Malaysia Perlu Pembaharuan Cukai Tangani Penyusutan Nisbah Cukai Kepada KDNK - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia memerlukan pembaharuan cukai bagi menangani penurunan struktur dalam nisbah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang menyusut kepada 12.7 peratus daripada 15 peratus pada 15 tahun lepas, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.

Inflasi Malaysia Antara Terendah Di Rantau Ini, Namun Tekanan Kos Huluan Meningkat - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia antara yang terendah di rantau ini, namun peningkatan tekanan kos di peringkat huluan boleh membawa risiko kenaikan harga pada lewat tahun ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.